Assalamualaikum wbt.
Kali ni aku nk citer pasal mereka yg aku kenali...
Aku ni ada member yg berlainan agama, berlainan bangsa. So far aku masih belum berani lagi nk berkenalan dgn org dari luar Malaysia. Ada peluang, boleh je...
Best friend aku, lelaki berbangsa India, seorang mualaf. Dah nama pun best friend mestila rahsia aku byk yg dia simpan dan begitu la jgk sebaliknya. Bila aku pening2 cari tempat mengadu, memang dia kena sanggup menadah telinga...haha begitulah sebaliknya.
Teman2 aku pulak adalah roomates yg sanggup ke tak terpaksa sebilik dgn aku kt hostel ni. Alhamdulillah, we all punya tahap rajin dan malas yg hampir sama degreenya. So study sama2, tgk movie sama2. Sampaikan kalau kitorang berjalan kurang sorang mesti org lain akan tanya mana yg lg sorang. haha. Bila da sebilik mestila dorang ni tau macam2 kan. Tp tahap kenal dorang gn aku tak sama macam mana bestfriend aku kenal aku.
Kawan2 pulak, mereka yg aku sering jumpa yg kenal perangai aku. kawan2 yg sekadar jumpa kat kelas, kt cafe, kt tepi lobby, yg bertegur sapa hai!. Haaaa mestilah dorang ni lg mcm2 tak tau pasal aku. Setakat kenal2 gitu je.
Kenalan pulak, mereka yg aku kenal tp tak berapa kenal. Sekadar tau nama, usia, facebook, kerja, dan sekadar dgnnya. pendek kata surface je la. Tak tau sgt...
Buat masa sekarang, aku ada semua tahap *kawan*. Aku memang gembira dgn apa yg aku ada. Haaha. Walaupun kadang2 macam bengang je kan...bak kata orang, bumi mana tak di timpa hujan.
Apa yg penting, kita kena terima each other kan. Even ada kenalan baru aku, seorang yg berbangsa India agama tak pasti, dia tanya, aku tak kisah ke kawan gn dia. Mesti la aku tak kisah, kalau aku kisah dari awal lagi aku takkan layan dia. hahaha...
Yela, sekarang banyak betul isu perkauman. Pelik kan.Tp aku bersyukur, aku masih boleh berkawan dgn sesiapa je, hopefully one day boleh make friend dgn org bangsa cina pulak.
Jangan tak tau. Bestfriend aku yg da lebih setahun bersaudara dgn kita tu pun serumah dgn org melayu. makan makanan melayu. They respect each other, accept each other.
So dari mana sebenarnya datang isu perkauman ni??? any idea?
No comments:
Post a Comment