23 February 2011

result da kuar!!

Assalamualaikum WBT,


Da berapa hari ye aku tak on9 dan tak meng'update'kan blog ni...jgn tak tau FB pun aku biarkan berhabuk...haha...

Untuk pengetahun follower2 dan para pelawat sekalian (bg yg belum tau la) aku ni student Certified Accounting Technician (CAT) salah satu program di bawah ACCA. Kalau nk tau lebih lanjut boleh la visit www.accaglobal.com

19 February 2011

Salam


Assalamualaikum WBT


Hari ni aku bukak FB ada sesuatu yg menggamit hati utk di share bersama...moga ada manfaatnya pd kita semua...sebarkan pd saudara2 kita ye...



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

17 February 2011

Globalisation

Hari ni pagi2 kena wt talk about 5 mins talk about Globalisation: In Your Point of View.

haaa susah tak topik tu? aku dapat topik tu on monday utk present on thursday. memandangkan setiap minggu kena present, aku pun da naik boring nk wt preparation.

so aku just texting my sister yg tengah berisi tu, dan best friend aku...alhamdulillah, jwpn org yg bijak pandai mcm dorang sungguh tidak mengecewakan.

They are celebrating me!!!

15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H adalah hari keputeraan Baginda Kekasih Allah. Syukur sangat pagi itu aku mampu melawan hasutan syaitan yang cuba mengajak aku sambung tidur. Tapi subuh ini aku lewat sedikit. tak mengapalah. Rutin subuh ku tetap seperti biasa aku tunaikan.

Usai mengaji, aku lihat roomates aku yang semalam bersungguh-sungguh ajak main badminton pagi ni, lena. aku hanya senyum. Walaupun sejadah tu aku bentang di atas tikar getah yang pasti nya sejuk, aku cuba-cuba baringkan diri...dan akhirnya...haha

Aku buka mata, uish dekat nak pukul 8. ni nak main badminton ke tak nak budak2 ni. Tak kira lagi. aku kejut dorang. Bangun pun...haha maka kitorang pun berbadmintonlah di pagi tu.

Lepas main, kitorang g kedai kak as (kedai makan yang ada kat kolej ni), dan makan la peberet masing2 as breakfast. Tengah makan dorang cakap lunch nanti ada org nak belanja chicken chop. Hmmm menarik... aku pun senyum puas.

Jam 1, zohor pun belum, perut aku da menyanyi2 minta diisi. Lapar la pulak. Kalau makan megi sebungkus kang rugi la chicken chop tu. Akhirnya penantian berakhir bila jam menunjukkan 3.30 petang.

Kitorang bersiap dan gerak ke kedai batu kt desa pandan. 8 of us. Total cost aku tak tau. Dan aku memang tak tau sapa yang belanja. Bila aku tanya sume wt tak tau. Ces!!!!

ada lagi sorang ni, tukang snap gambar :))
                                                  

nak tau apa yg kitorang makan? haha gumbira sungguh, mereka ni ingat birhday aku...hadiah??? ada... tp nak tunjuk dulu apa yg kitorang makan petang tu

haaa, ni la rezeki aku hari ni... rasanya boleh la,,,

Ada kawan aku kata, rasa mende ni ada yg lagi sedap, tp aku ni jarang mkn chicken chop, so redha je lah... pape pun time kasih la kt korang yg berbelanja banyak utk celebrate burfday aku...

At the end of the day... aku dapat hadiah yg memang la aku nak, tp tak pernah terfikir ada orang nak bg hadiah cenggitu kt aku yg chantekk ni...

hoho...cumil kan? secumil penerimanya kan :))
Haaa yg besau tu member kelas kasi, dia kata hadiah ni sbg kawan. apa2 je lahtp aku servey harga mende tu kt jusco maluri rm50 sihhhh tak exclude paper beg lawa yg dia kasi membungkus mendalah tu.

Bear kecik kaler purple tu (cumil nye) aku tgk bear tu duk atas katil aku lepas maen badminton...dan aku hanya mampu senyum meleret ke pipi...haha tu roomate aku kasi...harganya tak sempat servey lagi...

Ehhh tapi jangan tak tau, bf roomate aku tu bagi dia duit utk belanja aku sempena birthday aku... Oleh sebab dia suh aku pilih nak makan kat mana, so aku kata la... aku nak makan kat tempat yang aku suka...iaitu Black Canyon...

my favourite food at Black Canyon
Kesian dia, tp nak wt cemana, da org suh choose kan...memang baikkk punya pilihan aku...haha...dan memang la makan nasi bungkus ni (aku tak penah hafal nama penuh menu ni) aku sentiasa akan pastikan aku habiskan sebab harga nasi ni mencecah RM12 (bagi aku mahal la).

Tu apa yg berlaku pada 15 dan 16 Feb 2011. Malam sebelum tu best friend aku Mr Fauzan da bawak aku g Pizza Hut belanja aku...sungguh heaven hidup aku kalau hari2 org nk belanja...

Apa pun terima kasih banyak2 pada kawan2 semua...tahun depan boleh belanja lagi...

:D



16 February 2011

Isu Handphone: Sekolah vs IPT

Assalamualaikum...

hari ni aku ada test paper finance... haha boleh buat? boleh la 70% yakin la...sbb soalan Keynes tu tak ingat...bagaimanpun aku belasah je, balik bilik, tgk buku, ehhhh ada kena mengena la...tp bau-bau bacang la kot...haha

tp bukan itu yg aku nak share...

dalam kelas biasa la, ada je yg terlupa nak silence hp...maka tengah2 aku khusyuk mengarang, tiba2 ada bunyi hp, adusss madam kat depan usyar je...tp aku mmg tak tau la bunyi tu datang dari arah mana, so aku tgh sekeliling dan aku teruskan menjawab...

persoalannya, dulu org timbulkan nak bagi kebenaran pada buak2 sekolah bawa hp ke sekolah, mcm ipt la konon nya... dan byk la asalan2 yg diberikan oleh ibu bapa, pelajar2, dan guru2 sendiri.

tp apa yg terfikir kan adalah maturity. kanak2 zaman sekarang ni dah la extreme, aku pun pakai hp pakai duit sendiri (walau pun sbnrrnya duit yg mak contribute dlm th) beli hp lepas sekolah..

look, kanak2 dorang cuma tau nk berseronok, adakah kita yakin dorang tau nk jaga hp tu gn cermat? hp kalau yg rm90 tu MUNGKIN tak pe bg sesetengah parents, cuba kalau hilang,

ok, kita tengok senario remaja di ipt, bwk hp 24jam, ada yg dalam kelas dok sms (aku la tu kengkadang), main game, yg leh on9 jgn ckp la..

sbnrnya dgn gadget mcm ni boleh menjadikan remaja tidak hormat pada guru/lecturer yg mengajar. guru tu nak menyampaikan ilmu, dan semestinya kita perlu hormat guru tu...memang la ilmu tu datang daripada Allah, tp siapa yg menyampaikan ilmu tu? mcm buku, ada ke kita pijak2 buku? xpernah lagi lah aku tengok...

apa pun aku sokong sesetengah kawan2 yg memang tak bawa hp ke kelas semata2 tak nak diganggu time kelas,,, apa pun caranya, teknologi tu adalah buatan manusia dan hanya manusia mampu mengawal penggunaannya... tepuk dada tanya selera... berfikirlah apa yg sewajarnya...

wassalam..............


15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah,,,

aku masih mampu membuka mata melihat dunia hari ini..
usia subuh tadi aku brsenam, jogging dan berbadminton, aku breakfast. aku baca note sorang kawan lama masa zaman sekolah dulu...

begini note nye..



Assalamualaikum buat semua pembaca ‘note’ ini. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan kasih sayang serta rahmat-Nya. Kita semua telah bersaksi, bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, pembawa rahmat kpd sekalian alam serta berita gembira kpd yg mempercayai cahaya kebenaran. Saya harap kalian sudi menyumbang 5-10 minit utk membaca apa yg ingin saya kongsikan kpd kalian.


Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a (pelayan Rasullullah SAW), bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Seseorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Berteraskan hadis ini, hati saya tergerak utk berkongsi kpd kalian supaya kita sama-sama mengenang perjuangan Rasullullah SAW dlm menyebarkan kalimah Tauhid, sehinggalah sampai ajaran tersebut kpd kita hari ini. Dlm kehidupan yg senang serta tiada halangan utk kita melaksanakan ajaran Islam, pernahkah kita terfikir akan titisan-titisan peluh, darah-darah yg mengalir, nyawa-nyawa yg terkorban demi menegakkan agama Allah serta menyampaikan hakikat kebenaran tersebut? Atau mungkin pernahkah kita panjatkan kesyukuran kpd Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad SAW yg menunjukkan jalan kebenaran kepada umat manusia? Cuba fikirkan sejenak. Jika Allah tidak mengutuskan nabi Muhammad SAW, dimanakah kita sekarang ini? Hmmm…


Sejauh manakah pengakuan kalimah syahadah yg kita ungkapkan hari-hari dlm solat kita; “aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Saya yakin, kita semua sudah mempercayai bahawa nabi Muhammad SAW itu utusan Allah, ‘Khatamun-Nubuwwah’(nabi terakhir) yg menyeru manusia kpd jln-Nya. Alhamdulillah. Dan saya pasti, setiap drpd kita apabila ditanya, “adakah anda mencintai nabi Muhammad SAW?” dan jawapannya yg akan kita dengar ialah; “mestilah!”, “of course!”, ataupun yg seangkatan dengannya. Tapi, tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing. Sejauh manakah sebenarnya cinta kita pada nabi Muhammad SAW: Adakah kita berhasrat mahu menemui baginda, atau pernahkah kita berasa sangat khuatir jika tidak dapat bertemunya di akhirat nanti? Dan sehingga hari ini, apakah pengorbanan yg kita lakukan utk baginda, adakah kita mengamalkan sunnahnya, menyebarkan, atau membela perjuangan baginda? (Tapi apa yang terjadi pada hari ini, ramai mentertawakan mereka yg mengamalkan ajaran baginda. Kolot. Skema. K-Z (ketinggalan zaman), ‘tak cool’. Dan macam-macam lagi yg kita dengar). Seterusnya, adakah kita mengetahui selok-belok kehidupan nabi Muhammad melebihi drpd artis-artis yg sering menjadi perbualan antara kita? Atau sekurang-kurangnya pernahkah kita berusaha utk mengkaji sejarah kehidupan baginda? Sempena bulan Febuari ini, isu yg sering diungkapkan ialah cinta. Jadi di sinilah peluangnya. Nilailah erti CINTA sebenar kita semua terhadap nabi Muhammad SAW~


~Antara kisah yg sgt menarik perhatian saya utk berkongsi dgn kalian ialah peristiwa perang Uhud. Kita sedia maklum bahawa tentera muslimin mengecapi kegagalan kerana ada sebahagian drpd mereka yg ingkar dgn arahan nabi Muhammad SAW. Namun, disaat-saat getir itu, terdapat mereka (sahabat-sahabat) yg sangat setia serta menyintai nabi Muhammad SAW melebihi nyawa mereka sendiri. Mereka ini mencintai syahid sebagaimana tentera musyrikin mencintai kehidupan dunia. Antaranya ialah Abu Dujanah (nama sebenar: Sammak bin Kharsyah). Ketika tentera musyikin yg diketuai oleh Khalid al-Walid menyerang dari belakang lereng gunung uhud, tentera muslimin menjadi kelam-kabut. Dlm keadaan yg huru-hara itu, tiada siapa bersama Rasullullah utk melindungi baginda. Dan pada ketika itu, Rasullulah terjatuh dlm satu lubang, lalu tentera-tentera musyrikin mengambil peluang keemasan ini utk memanah baginda (dari atas bukit). Abu Dujanah, ketika itu sedang sibuk melawan musuh bagaikan singa yg lapar, ternampak bahaya yg dihadapi oleh Rasullullah. Tanpa berfikir panjang, beliau terus melompat kedlm lubang tersebut utk menjadikan belakangnya sebagai ‘perisai’ bg menghalang panahan-panahan tersebut drpd melukai Rasullulah. Akibatnya, semua anak panah yg menghujani lubang dimana Rasullulah terjatuh itu, mengenai belakang Abu Dujanah. Diceritakan, belakang Abu Dujanah bagaikan landak kerana banyaknya anak panah yg melekat di tubuhnya. Subhanallah!! Antara sahabat-sahabat lain, termasuklah Malik dan Sinan yg menghisap darah pada kaki nabi (setelah baginda dikeluarkan dari lubang tersebut), Abu Ubaidah al-Jarrah yg mencabut panah drpd rahang nabi (topi besi yg dipakai oleh Rasullullah ditembusi anak panah sehingga anak panah itu melekat ke rahang baginda) dengan gigi beliau, sehingga menyebabkan gigi Abu Ubaidah al-Jarrah patah.Mus’ab Umair, dlm keadaan kedua-dua tgnnya terputus kerana mempertahankan panji-panji Islam, mati syahid dlm keadaan mukanya terpelangkup ketanah. Mengapa? Kerana beliau berasa sgt malu lantaran gagal mempertahankan Rasullullah disaat getir itu. Dan berbagai-bagai lagi kisah menarik yg tidak akan habis jika diceritakan disini.


Tujuan saya menceritakan kisah tersebut ialah; CINTA MEMERLUKAN PENGORBANAN(cewaahhhh!) Mengapa mereka ini sanggup berbuat demikian? Tiada lain, kerana cinta yg amat mendalam terhadap Rasullullah SAW. Demi kecintaan mereka terhadap Allah dan rasul-Nya, mereka mengorbankan segala-galanya, termasuklah diri mereka sendiri. Bagaimana pula dgn kita? Pada zaman moden ini segalanya telah mudah utk kita. ‘Berkorban’ tidak semestinya dlm peperangan. Menuntut ilmu, berdakwah, dan sebagainya. Mungkin kita berasa gusar bahawa pengorbanan kita terlalu kecil jika dibandingkan dgn umat yg terdahulu. Namun bukankah telah tertera pada 99 nama Allah, bahawa Allah itu ash-Syakur? Dia yg Maha Menghargai pengorbanan hamba-Nya walaupun sebesar zarah.


Semoga kita sama-sama mengambil iktibar kisah-kisah perjuangan Rasulllulah SAW dan para sahabat, serta sesiapa sahaja yg berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Letakkanlah cinta Alllah dan rasul-Nya dihadapan, maka dunia akan mengejar dibelakang. Dan selalulah bertanya serta bermuhasabah pada diri, sejauh manakah pengorbanan yg kita lakukan utk agama ini, atau sebenarnya kita tidak pernah peduli? (Nauzubillah min zalikk).

Sempena Maulidul-Rasul ini, perbanyakanlah selawat ke atas baginda, kerana Allah (dan kerajaan-Nya) turut berselawat kpd baginda. Di kesempatan ini, saya memohon maaf andai terkasar bahasa. Tidak ada niat utk mengenakan sesiapa, melainkan saya merasa terpanggil utk menyeru agar kita sama-sama menghargai perjuangan serta kepayahan yg telah dilalui oleh Rasullullah SAW (serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat). Segala yg baik itu dtg dari Allah, dan yg buruk itu dtgnya dari kelemahan diri saya yg tidak lepas dari melakukan kesalahan. Terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi membaca perkongsian saya ini.

Salam Maulidur-Rasul.


“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (3:31)
  

“Sungguh, telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yg baik bagimu, (iaitu) org yg mengharap rahmat Allah dan (percaya akan) hari qiamat, dan org yg banyak mengingati Allah” (33:21)


HAFIZAHTUL ‘AKLAA MOHD. SALLEH
PELAJAR TAHUN 4 JURUSAN PERAKAUNAN,
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.


sungguh mengharukan...tp aku juga tertanya pada diri sendiri, benarkan aku benar mencintai Rasul SAW...sedang Baginda sungguh mencintai aku sebagai umatnya... huhu