Alhamdulillah,,,
aku masih mampu membuka mata melihat dunia hari ini..
usia subuh tadi aku brsenam, jogging dan berbadminton, aku breakfast. aku baca note sorang kawan lama masa zaman sekolah dulu...
begini note nye..
aku masih mampu membuka mata melihat dunia hari ini..
usia subuh tadi aku brsenam, jogging dan berbadminton, aku breakfast. aku baca note sorang kawan lama masa zaman sekolah dulu...
begini note nye..
Assalamualaikum buat semua pembaca ‘note’ ini. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan kasih sayang serta rahmat-Nya. Kita semua telah bersaksi, bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, pembawa rahmat kpd sekalian alam serta berita gembira kpd yg mempercayai cahaya kebenaran. Saya harap kalian sudi menyumbang 5-10 minit utk membaca apa yg ingin saya kongsikan kpd kalian.
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a (pelayan Rasullullah SAW), bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Seseorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Berteraskan hadis ini, hati saya tergerak utk berkongsi kpd kalian supaya kita sama-sama mengenang perjuangan Rasullullah SAW dlm menyebarkan kalimah Tauhid, sehinggalah sampai ajaran tersebut kpd kita hari ini. Dlm kehidupan yg senang serta tiada halangan utk kita melaksanakan ajaran Islam, pernahkah kita terfikir akan titisan-titisan peluh, darah-darah yg mengalir, nyawa-nyawa yg terkorban demi menegakkan agama Allah serta menyampaikan hakikat kebenaran tersebut? Atau mungkin pernahkah kita panjatkan kesyukuran kpd Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad SAW yg menunjukkan jalan kebenaran kepada umat manusia? Cuba fikirkan sejenak. Jika Allah tidak mengutuskan nabi Muhammad SAW, dimanakah kita sekarang ini? Hmmm…
Sejauh manakah pengakuan kalimah syahadah yg kita ungkapkan hari-hari dlm solat kita; “aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Saya yakin, kita semua sudah mempercayai bahawa nabi Muhammad SAW itu utusan Allah, ‘Khatamun-Nubuwwah’(nabi terakhir) yg menyeru manusia kpd jln-Nya. Alhamdulillah. Dan saya pasti, setiap drpd kita apabila ditanya, “adakah anda mencintai nabi Muhammad SAW?” dan jawapannya yg akan kita dengar ialah; “mestilah!”, “of course!”, ataupun yg seangkatan dengannya. Tapi, tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing. Sejauh manakah sebenarnya cinta kita pada nabi Muhammad SAW: Adakah kita berhasrat mahu menemui baginda, atau pernahkah kita berasa sangat khuatir jika tidak dapat bertemunya di akhirat nanti? Dan sehingga hari ini, apakah pengorbanan yg kita lakukan utk baginda, adakah kita mengamalkan sunnahnya, menyebarkan, atau membela perjuangan baginda? (Tapi apa yang terjadi pada hari ini, ramai mentertawakan mereka yg mengamalkan ajaran baginda. Kolot. Skema. K-Z (ketinggalan zaman), ‘tak cool’. Dan macam-macam lagi yg kita dengar). Seterusnya, adakah kita mengetahui selok-belok kehidupan nabi Muhammad melebihi drpd artis-artis yg sering menjadi perbualan antara kita? Atau sekurang-kurangnya pernahkah kita berusaha utk mengkaji sejarah kehidupan baginda? Sempena bulan Febuari ini, isu yg sering diungkapkan ialah cinta. Jadi di sinilah peluangnya. Nilailah erti CINTA sebenar kita semua terhadap nabi Muhammad SAW~
~Antara kisah yg sgt menarik perhatian saya utk berkongsi dgn kalian ialah peristiwa perang Uhud. Kita sedia maklum bahawa tentera muslimin mengecapi kegagalan kerana ada sebahagian drpd mereka yg ingkar dgn arahan nabi Muhammad SAW. Namun, disaat-saat getir itu, terdapat mereka (sahabat-sahabat) yg sangat setia serta menyintai nabi Muhammad SAW melebihi nyawa mereka sendiri. Mereka ini mencintai syahid sebagaimana tentera musyrikin mencintai kehidupan dunia. Antaranya ialah Abu Dujanah (nama sebenar: Sammak bin Kharsyah). Ketika tentera musyikin yg diketuai oleh Khalid al-Walid menyerang dari belakang lereng gunung uhud, tentera muslimin menjadi kelam-kabut. Dlm keadaan yg huru-hara itu, tiada siapa bersama Rasullullah utk melindungi baginda. Dan pada ketika itu, Rasullulah terjatuh dlm satu lubang, lalu tentera-tentera musyrikin mengambil peluang keemasan ini utk memanah baginda (dari atas bukit). Abu Dujanah, ketika itu sedang sibuk melawan musuh bagaikan singa yg lapar, ternampak bahaya yg dihadapi oleh Rasullullah. Tanpa berfikir panjang, beliau terus melompat kedlm lubang tersebut utk menjadikan belakangnya sebagai ‘perisai’ bg menghalang panahan-panahan tersebut drpd melukai Rasullulah. Akibatnya, semua anak panah yg menghujani lubang dimana Rasullulah terjatuh itu, mengenai belakang Abu Dujanah. Diceritakan, belakang Abu Dujanah bagaikan landak kerana banyaknya anak panah yg melekat di tubuhnya. Subhanallah!! Antara sahabat-sahabat lain, termasuklah Malik dan Sinan yg menghisap darah pada kaki nabi (setelah baginda dikeluarkan dari lubang tersebut), Abu Ubaidah al-Jarrah yg mencabut panah drpd rahang nabi (topi besi yg dipakai oleh Rasullullah ditembusi anak panah sehingga anak panah itu melekat ke rahang baginda) dengan gigi beliau, sehingga menyebabkan gigi Abu Ubaidah al-Jarrah patah.Mus’ab Umair, dlm keadaan kedua-dua tgnnya terputus kerana mempertahankan panji-panji Islam, mati syahid dlm keadaan mukanya terpelangkup ketanah. Mengapa? Kerana beliau berasa sgt malu lantaran gagal mempertahankan Rasullullah disaat getir itu. Dan berbagai-bagai lagi kisah menarik yg tidak akan habis jika diceritakan disini.
Tujuan saya menceritakan kisah tersebut ialah; CINTA MEMERLUKAN PENGORBANAN(cewaahhhh!) Mengapa mereka ini sanggup berbuat demikian? Tiada lain, kerana cinta yg amat mendalam terhadap Rasullullah SAW. Demi kecintaan mereka terhadap Allah dan rasul-Nya, mereka mengorbankan segala-galanya, termasuklah diri mereka sendiri. Bagaimana pula dgn kita? Pada zaman moden ini segalanya telah mudah utk kita. ‘Berkorban’ tidak semestinya dlm peperangan. Menuntut ilmu, berdakwah, dan sebagainya. Mungkin kita berasa gusar bahawa pengorbanan kita terlalu kecil jika dibandingkan dgn umat yg terdahulu. Namun bukankah telah tertera pada 99 nama Allah, bahawa Allah itu ash-Syakur? Dia yg Maha Menghargai pengorbanan hamba-Nya walaupun sebesar zarah.
Semoga kita sama-sama mengambil iktibar kisah-kisah perjuangan Rasulllulah SAW dan para sahabat, serta sesiapa sahaja yg berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Letakkanlah cinta Alllah dan rasul-Nya dihadapan, maka dunia akan mengejar dibelakang. Dan selalulah bertanya serta bermuhasabah pada diri, sejauh manakah pengorbanan yg kita lakukan utk agama ini, atau sebenarnya kita tidak pernah peduli? (Nauzubillah min zalikk).
Sempena Maulidul-Rasul ini, perbanyakanlah selawat ke atas baginda, kerana Allah (dan kerajaan-Nya) turut berselawat kpd baginda. Di kesempatan ini, saya memohon maaf andai terkasar bahasa. Tidak ada niat utk mengenakan sesiapa, melainkan saya merasa terpanggil utk menyeru agar kita sama-sama menghargai perjuangan serta kepayahan yg telah dilalui oleh Rasullullah SAW (serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat). Segala yg baik itu dtg dari Allah, dan yg buruk itu dtgnya dari kelemahan diri saya yg tidak lepas dari melakukan kesalahan. Terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi membaca perkongsian saya ini.
Salam Maulidur-Rasul.
“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (3:31)
“Sungguh, telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yg baik bagimu, (iaitu) org yg mengharap rahmat Allah dan (percaya akan) hari qiamat, dan org yg banyak mengingati Allah” (33:21)
HAFIZAHTUL ‘AKLAA MOHD. SALLEH
PELAJAR TAHUN 4 JURUSAN PERAKAUNAN,
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.
sungguh mengharukan...tp aku juga tertanya pada diri sendiri, benarkan aku benar mencintai Rasul SAW...sedang Baginda sungguh mencintai aku sebagai umatnya... huhu
t kmu besakn tulisan...
ReplyDeleteorg bace ekk...
bukan ke kamu boleh zoom... g kt setting kt tepi blah kanan...zoom ye...macih
ReplyDelete