17 February 2011

They are celebrating me!!!

15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H adalah hari keputeraan Baginda Kekasih Allah. Syukur sangat pagi itu aku mampu melawan hasutan syaitan yang cuba mengajak aku sambung tidur. Tapi subuh ini aku lewat sedikit. tak mengapalah. Rutin subuh ku tetap seperti biasa aku tunaikan.

Usai mengaji, aku lihat roomates aku yang semalam bersungguh-sungguh ajak main badminton pagi ni, lena. aku hanya senyum. Walaupun sejadah tu aku bentang di atas tikar getah yang pasti nya sejuk, aku cuba-cuba baringkan diri...dan akhirnya...haha

Aku buka mata, uish dekat nak pukul 8. ni nak main badminton ke tak nak budak2 ni. Tak kira lagi. aku kejut dorang. Bangun pun...haha maka kitorang pun berbadmintonlah di pagi tu.

Lepas main, kitorang g kedai kak as (kedai makan yang ada kat kolej ni), dan makan la peberet masing2 as breakfast. Tengah makan dorang cakap lunch nanti ada org nak belanja chicken chop. Hmmm menarik... aku pun senyum puas.

Jam 1, zohor pun belum, perut aku da menyanyi2 minta diisi. Lapar la pulak. Kalau makan megi sebungkus kang rugi la chicken chop tu. Akhirnya penantian berakhir bila jam menunjukkan 3.30 petang.

Kitorang bersiap dan gerak ke kedai batu kt desa pandan. 8 of us. Total cost aku tak tau. Dan aku memang tak tau sapa yang belanja. Bila aku tanya sume wt tak tau. Ces!!!!

ada lagi sorang ni, tukang snap gambar :))
                                                  

nak tau apa yg kitorang makan? haha gumbira sungguh, mereka ni ingat birhday aku...hadiah??? ada... tp nak tunjuk dulu apa yg kitorang makan petang tu

haaa, ni la rezeki aku hari ni... rasanya boleh la,,,

Ada kawan aku kata, rasa mende ni ada yg lagi sedap, tp aku ni jarang mkn chicken chop, so redha je lah... pape pun time kasih la kt korang yg berbelanja banyak utk celebrate burfday aku...

At the end of the day... aku dapat hadiah yg memang la aku nak, tp tak pernah terfikir ada orang nak bg hadiah cenggitu kt aku yg chantekk ni...

hoho...cumil kan? secumil penerimanya kan :))
Haaa yg besau tu member kelas kasi, dia kata hadiah ni sbg kawan. apa2 je lahtp aku servey harga mende tu kt jusco maluri rm50 sihhhh tak exclude paper beg lawa yg dia kasi membungkus mendalah tu.

Bear kecik kaler purple tu (cumil nye) aku tgk bear tu duk atas katil aku lepas maen badminton...dan aku hanya mampu senyum meleret ke pipi...haha tu roomate aku kasi...harganya tak sempat servey lagi...

Ehhh tapi jangan tak tau, bf roomate aku tu bagi dia duit utk belanja aku sempena birthday aku... Oleh sebab dia suh aku pilih nak makan kat mana, so aku kata la... aku nak makan kat tempat yang aku suka...iaitu Black Canyon...

my favourite food at Black Canyon
Kesian dia, tp nak wt cemana, da org suh choose kan...memang baikkk punya pilihan aku...haha...dan memang la makan nasi bungkus ni (aku tak penah hafal nama penuh menu ni) aku sentiasa akan pastikan aku habiskan sebab harga nasi ni mencecah RM12 (bagi aku mahal la).

Tu apa yg berlaku pada 15 dan 16 Feb 2011. Malam sebelum tu best friend aku Mr Fauzan da bawak aku g Pizza Hut belanja aku...sungguh heaven hidup aku kalau hari2 org nk belanja...

Apa pun terima kasih banyak2 pada kawan2 semua...tahun depan boleh belanja lagi...

:D



2 comments:

  1. pergh....memacam...

    i'm waitin 4 7th april okeyh...haha

    ReplyDelete
  2. tu rejeki namanya...kalu nk dpt hadiah dr org kena tgu next yr nye bufday...time tu aku kaya ckit dr skrg...insya Allah..haha

    ReplyDelete